// Strawberry Cupcake


Hello World! Im Tyra . follow Me Okay ! And leave Your Footstep Here . (Y)


► My Biography
► My Stuff
► My Friends
► My Diary






Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una


| MY SWEET FUTURE
Menara Berkembar Petronas
Tuesday, 7 February 2012 | 04:31 | 0 Sweet Cupcake
Assalamualaikum semua , sehat tak , hehehe  , hari ni tira nak cite sikit pasal Menara Berkembar Petronas ni , jom baca yokk ! :))


Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur direka bentuk oleh Cesar Pelli. Reka bentuknya berdasarkan bentuk geometri Islam. Bangunan 88 tingkat dengan ketinggian 452 meter ini dibuat daripada konkrit, besi dan kaca.
        Terdapat sebuah jambatan yang dinamakan skybridge menghubungkan kedua-dua menara ini. Menara berkembar ini juga dilengkapi  dengan 32,000 buah tingkap , 29 buah lif laju dan 10 buah tangga bergerak.
        Di dalam menara ini juga , terdapat pejabat , pusat beli belah, Dewan Filharmonik dan PETROSAINS. Dewan Filharmonik dibina khusus untuk persembahan muzik klasik. PETROSAINS pula ialah pusat sains interaktif tentang industri petroleum negara.
        Pada waktu malam , Menara Berkembar yang tertinggi di dunia ini bergemerlapan disinari lampu-lampu neon.
       Kawasan rekreasi menara ini sering menjadi tumpuan pengunjung, terutamanya pada hujung minggu. Menara Berkembar Petronas merupakan salah satu mercu tanda yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia .